Apakah LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Selamat datang ke Poket Tebal, rakan anda dalam merealisasikan impian memiliki rumah! Kami memahami keperluan unik kakitangan sektor awam. Pembiayaan LPPSA adalah pilihan terbaik untuk anda. Kami akan membimbing anda melalui proses permohonan, membantu anda memahami syarat-syarat kelayakan, dan memastikan anda mendapat kadar faedah yang kompetitif. Bersama Poket Tebal, miliki rumah impian anda dengan mudah dan yakin!
Latar Belakang LPPSA
Lembaga ini, dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), ditubuhkan pada tahun 2016. LPPSA menguruskan pembiayaan perumahan sektor awam dengan anggaran pembiayaan sehingga RM10 bilion pada tahun 2022. Sehingga kini, terdapat 800,000 peminjam aktif.
Jenis Pembiayaan LPPSA
LPPSA menawarkan 7 jenis pembiayaan:
-
Membeli rumah siap
-
Membina rumah di atas tanah sendiri
-
Membeli rumah dalam pembinaan
-
Membeli tanah untuk membina rumah
-
Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan bank/institusi kewangan
-
Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
-
Mengubahsuai rumah
Manfaat Pinjaman LPPSA
Penjawat awam boleh menikmati pelbagai kelebihan:
-
Marjin pembiayaan: Sehingga 100%
-
Kadar faedah tetap: 4% setahun
-
Bilangan pembiayaan: 2 pembiayaan, dengan syarat tertentu
Pengiraan Kelayakan LPPSA
Maklumat tentang kelayakan pembiayaan boleh diperolehi melalui Kalkulator Pembiayaan di laman web LPPSA. Jumlah ansuran bulanan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih dan hutang tidak boleh melebihi 80%.
Pendapatan Bersih (RM) | Kelayakan Maksimum Pembiayaan (RM) |
---|---|
6,500 ke atas | 750,000 |
6,000 | 720,000 |
5,700 | 680,000 |
5,500 | 650,000 |
5,000 | 600,000 |
4,700 | 560,000 |
4,500 | 540,000 |
4,300 | 510,000 |
4,000 | 470,000 |
3,800 | 450,000 |
3,500 | 420,000 |
2,900 | 340,000 |
2,300 | 270,000 |
Sehingga 1,700 | 200,000 |
Tempoh Pembiayaan
Pembiayaan pertama
a) skim pencen 30 tahun atau sehingga umur 90 tahun.mana yang terdahulu
b) skim KWSP 30 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan.mana yang terdahulu
​
Pembiayaan kedua
a) skim pencen 25 tahun atau sehingga umur 90 tahun.mana yang terdahulu.
b) skim KWSP 25 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan.mana yang terdahulu.
Kelayakan Pembiayaan LPPSA
Calon yang layak termasuk anggota perkhidmatan awam, ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen, hakim, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan negeri.
Syarat Permohonan:
-
Warganegara Malaysia
-
Kakitangan sektor awam berjawatan tetap
-
Menerima surat pengesahan jawatan
-
Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun
-
Permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Proses Pemohon LPPSA
Berikut adalah proses permohonan:
-
Permohonan dalam talian dan penerimaan tawaran
-
Pemprosesan dan kelulusan
-
Cagaran harta
-
Bayaran premium insurans
-
Pengeluaran bayaran
-
Bayaran balik pembiayaan
Dokumen yang diperlukan:
-
Borang permohonan
-
Aqad perlindungan takaful (untuk pemilihan panel takaful)
-
Surat persetujuan penyelesaian hutang pembiayaan perumahan sektor awam
-
Semua dokumen sokongan yang diperlukan
Cara Bayaran Balik
Bayaran balik boleh dilakukan melalui potongan pencen jika peminjam telah bersara, atau potongan gaji bagi peminjam yang masih berkhidmat. Pesara tanpa skim pencen juga boleh membayar pinjaman sehingga selesai.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, anda boleh menghubungi saya sebagai Konsultan Mortgage anda, dan saya akan membantu anda melalui proses permohonan pinjaman LPPSA ini.