top of page
logo-sjkp-bm-03-01.png

PEMBIAYAAN 100%

HOME   |   SERVICES  |  100% HOME LOAN

 Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024

Anda bercita-cita memiliki rumah pertama? Poket Tebal ada di sini untuk membantu! Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 100% adalah peluang emas bagi anda. Kami akan membantu anda memahami kriteria kelayakan, memandu anda melalui proses permohonan, dan memastikan anda mendapat pembiayaan penuh untuk rumah impian anda. Bersama Poket Tebal, jadikan impian memiliki rumah suatu kenyataan!

Fahami Skim Jaminan Kredit

​

Perumahan (SJKP)

Adakah anda mempunyai pendapatan tidak tetap dan ingin memiliki rumah pertama? SJKP adalah penyelesaian yang tepat untuk anda. Dengan peruntukan sehingga RM10 bilion dalam Belanjawan 2024, SJKP dijangka memanfaatkan 40,000 rakyat Malaysia!

​

Apa Itu SJKP?

SJKP adalah skim perumahan yang membantu warganegara Malaysia tanpa pendapatan tetap seperti petani, pekerja gig, dan pengusaha kecil untuk memiliki rumah pertama. Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah, sederhana, dan mampu milik, sama ada yang sedang dalam fasa pembinaan, siap sepenuhnya, atau dilelongkan.

​

Kelayakan SJKP

Tidak semua orang layak memohon SJKP. Pastikan anda memenuhi semua syarat di bawah:

  • Pembelian Rumah Pertama. Rumah Underconstruction, Subsales atau Lelong

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

  • Pinjaman Dua Generasi Dibenarkan

  • Ketegori Pendapatan Tetap atau Bekerja Sendiri

  • Hartanah kos rendah, sederhana, atau mampu milik.

  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan dalam 12 bulan terkini.

  • Tiada rekod kredit negatif dalam 24 bulan lepas.

 

Terma Pembiayaan
  • Marjin Pembiayaan: 100% sehingga RM500,000 atau 120% sehingga RM300,000 (termasuk yuran guaman, MRTA/MRTT, dan kos lain).

  • Jumlah Bayaran Balik Kesemua Pinjaman tidak Melebihi 65% dari Pendapatan Bersih (Setelah menolak EPF, TAX, SOCSO dan EIS)

  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun.

  • Jaminan: 100% di atas jumlah pembiayaan.

 

Cara Mohon SJKP dengan Mudah
  1. Kenal Pasti Hartanah: Tentukan jenis rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen yang berkaitan.

  2. Sediakan Dokumen Sokongan: Penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, atau dokumen lain yang relevan.

  3. Bawa ke Institusi Kewangan Terpilih: Bawa semua dokumen ke cawangan institusi kewangan yang menyertai SJKP seperti Bank Muamalat atau BSN.

​

Institusi Kewangan yang Menyertai SJKP
  • Institut Kewangan Utama: Agro Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BSN, MBSB Bank, RHB Bank.

  • Institut Kewangan Lain: Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Maybank.

Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan mulakan perjalanan anda untuk memiliki rumah impian.

​

Bolehkan SJKP Digunakan untuk Rumah PR1MA?

Ya, anda boleh memohon pembiayaan SJKP untuk Rumah PR1MA seperti Residensi Larkin Indah dan projek PR1MA lain di seluruh negara. Terbuka kepada Semua jenis Rumah Undercon, Subsales dan Lelong.

 

Kenapa Mohon Melalui Kami?

Sebagai konsultan pinjaman berpengalaman, kami akan membimbing anda melalui setiap langkah untuk memastikan permohonan SJKP anda berjaya. Hubungi kami sekarang untuk memulakan proses dan mencapai impian memiliki rumah pertama anda.

​

Hubungi Kami Sekarang!

Jangan biarkan peluang ini berlalu. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan dapatkan bantuan profesional yang anda perlukan untuk memohon SJKP.

PROSES YANG TELUS & MUDAH

Kami Mempunyai Aplikasi Dalam Talian Yang Mudah

17.png
Processing Doc.png
Dealing withh Banker.png
8.png
RUNDINGAN AWAL
Arrowdown.gif
ANALISIS PEMBIAYAAN
Arrowdown.gif
PROSES PERMOHONAN
Arrowdown.gif
KELULUSAN PEMBIAYAAN
Arrowdown.gif
bottom of page