Poket Tebal merupakan sebuah platform yang dimiliki dan diuruskan oleh Mortgage Expert Group Hub, Kami bertekad untuk membantu pelanggan dalam memilih produk Perbankan Islam yang paling sesuai, terutamanya dalam Pembiayaan Hartanah dan Pembiayaan Peribadi bagi Penjawat Awam.
​
Kami juga menyedari bahawa setiap individu memiliki impian dan matlamat kewangan yang unik. Justeru, kami menawarkan Perkhidmatan Pengurusan Pembiayaan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan, dengan tujuan memastikan setiap keputusan kewangan yang diambil membawa mereka lebih dekat kepada sasaran kewangan yang diimpikan.
Selain memberikan nasihat yang profesional, kami juga berkomitmen untuk menyokong pelanggan sepanjang perjalanan kewangan mereka, memastikan setiap langkah diambil dengan keyakinan dan panduan yang tepat.